ULANG TAHUN KE 19 HANEESYA HANEE...DIKATA BERMEWAH, INI PENJELASAN IBUNYA


 Hujung minggu lalu Haneesya Hanee telah diraikan dengan majlis ulang tahunnya yang ke 19 tahun. Majlis disambut dengan penuh meriah ditempat yang sangat eksklusif iaitu ditingkat 57...The Penthouse, KLCC dan mewah dengan juadah serta dihadiri oleh ramai rakan-rakan Model, Pereka Fesyen, Jurusolek serta peminat Hanee yang datang dari jauh dan dekat. Namun disebalik kemeriahan itu, ada juga kata-kata sinis yang mengatakan Hanee dan ibunya bermewah dan bermegah sedangkan sebelum ini mereka melalui hidup yang sederhana dan susah. Hanee dan ibunya tidak melenting dengan tohmahan tersebut kerana faham sebahagian diluar sana tidak tahu disebalik majlis besar dan meriah itu ada insan-insan yang bermurah hati dan ikhlas menaja tempat majlis serta makan minum pada hari tersebut. Ibu Hanee menjelaskan bahawa memang telah berhajat untuk meraikan sebuah majlis khas jika Haneesya Hanee menjadi juara Dewi Remaja. Walaupun gelaran 'Dewi Remaja' itu hanya dipinjamkan sekejap oleh Allah...tetapi hajat itu harus ditunaikan jelasnya. Selain meraikan Peminat, Penyokong perjalanan Hanee semasa dan sebelum Dewi Remaja...sekaligus menyambut hari lahir Hanee yang ke19 tahun. Oleh kerana tahun ini adalah tahun terakhir Hanee dalam usia 'TEEN'...jadi terlahirlah idea dari teman-teman agar dibuat sebuah majlis yang besar. Ibu Hanee merasa bersyukur bila idea tersebut disambut baik oleh ramai pihak yang sudi menaja bayaran tempat serta menaja makan minum serta hadiah cabutan bertuah untuk majlis tersebut. Dalam kesempatan itu, Haneesya Hanee dan ibunya mengucapkan jutaan terima kasih pada para penaja antaranya Minaz.my , Ozzie Cafe Malaysia, Affy Sufyan Chocojar, Deeba Bari Trulooks Malaysia HQ, Natasha Sofea, Anies Wani Nur, AimanShahiran.
 Pada majlis itu juga Haneesya Hanee dengan nada terharu mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan, peminat, penyokong kerana masih terus bersama disaat namanya naik dan dimasa kejatuhannya. Hanee berharap agar semua terus menyokongnya untuk kembali aktif dalam bidang lakonan dan modeling. Semua ini menjadi pembakar semangatnya dan memohon doa dari semua diluar sana mendoakan kariernya dan berharap segala kebaikkan didoakan padanya dan terus dia dapat jaga.





Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT