GEGAR GEMPAK RAYA 2019 ( 72 JAM MEMBELI BELAH TANPA HENTI )
Musim Raya tiba lagi dan pastinya sekitar Lembah Klang ( KL & Selangor ) sesak disini-sana. Pening juga mencari keperluan Raya yang pelbagai jenis ditempat-tempat yang berbeza. Memikirkan hal tersebut, pihak penganjur Aisy Azka Event Management telah mengambil inisiatif untuk menggabungkan kesemua keperluan Raya di bawah satu bumbung dengan membawakan Festival Gegar Gempak Raya 2019 sebagai pusat sehenti ( one stop shopping ) untuk memudahkan orang ramai membeli-belah keperluan untuk Hari Raya dan sekaligus menjimatkan masa. Seperti ramai yang sedia maklum, warga Kuala Lumpur dan Selangor sangat sibuk dan masa 3 hari atau 72 jam itu memberi peluang pada semua membeli belah bermula dari 24 Mei hingga 26 Mei 2019 yang bertempat di Hall A, MAEPS Serdang, Selangor.
Menariknya, selain dari peniaga biasa, seramai 45 Artis akan turut membuka booth Jualan antaranya Alif Satar, Achey Bochey, Angah Raja Lawak, Ariff Aziz, Arja Lee, Ashraf Muslim, Ayu Damit, Badrul Muhayat, Black Hanifah, Danny X-Factor, Deja Moss, Elyana, Ernie Zakrie, Ezzaty Abdullah, Faye Khusyairi, Harieyanto Hassan, Hazan Scan, Izzue Islam, Kapten Mohd Nor, Maria Tunku Sabri, Maznah Zulkifli, Nabil Ahmad, Nina Fazurina, Nina Iskandar, Nizam Rahman, Noraniza Idris, Putra Amaris, Qazem Nor, Rashid Jaafar, Reyhana Yunus, Riezman Khuzaimi, Risteena, Roslan Shah, Rozita Che Wan, S.Mariam, Shafiqcute, Sharnaaz Ahmad, Siti Fairuz, Syamel, Syed Ali, Zain Saidin, Zaiton Sameon, Zazly baginda & Zoey Rahman. Pastinya penglibatan para artis-artis ini, akan memeriahkan lagi Festival Gegar Gempak raya 2019.
Selama 3 hari 3 malam itu, pengunjung boleh membeli belah pelbagai keperluan untuk menyambut Hari Raya antaranya, Baju Melayum, Baju Kurung, Tudung, Shawl, Kasut, Biskut Raya, Parfume, Aksesori dan pelbagai jenis lagi. Selain itu turut dijual makanan pelbagai jenis untuk berbuka puasa dan ada tersedia Food Truck yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman sekaligus bakal memecahkan rekod sebagai Perhimpunan Peniaga Food Truck Terbesar di Malaysia. Selain itu anda juga boleh berbuka puasa atau bersahur di sana nanti kerana peniaga Food Truck akan beroperasi dari pukul 4 petang sehinggalah pukul 5 pagi.
Untuk menambahkan keriangan dan kemeriahan membeli belah, Festival Gegar Gempak Raya telah mengatur pelbagai aktiviti sepanjang festival berlangsung antaranya:-
* HAPPY HOUR
* PERTUNJUKAN FESYEN
* PEMBELI MISTERI BERTUAH
* CABUTAN BERTUAH
* PERSEMBAHAN SELEBRITI
* GGR KONGSI KEBAHAGIAAN
* PERTANDINGAN NASYID & MARHABAN KEBANGSAAN
* FIESTA TRAK MAKANAN
GGR Kongsi Kebahagiaan bakal berlangsung pada 25 & 26 Mei membawakan aktiviti rewang menyediakan Bubur Lambuk, Menganyam Ketupat & Rendang.
menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteAJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)