DILEMA PESERTA PAGEANT ANTARA BANYAK KELUARKAN DUIT DAN PILIH KASIH PENGANJUR
Wartawan kami ada menerima aduan berbentuk luahan rasa beberapa peserta mengenai pelbagai kes di dalam dunia Pageant yang mereka sertai. Kerana memikirkan perlunya ada kesedaran pada bakal para peserta dan penambah baikan dalam dunia Pageant, kami buka dua topik dulu untuk minggu ini.
1. Berkaitan pengorbanan masa dan duit peserta pageant. Ada peserta dari dua Pageant berlainan mengadu habis duit bayar yuran, tambang ulang-alik ke casting hingga pageant week seterusnya ke final. Ada yang sampai habis hingga RM5,000.00 untuk vote SMS diri sendiri dan ada yang beli Table untuk kawan2 dan famili datang support sebab malu jika tidak ada penyokong semasa final. Pendapat anda? Berbaloikah buat begini sedangkan lepas pertandingan balik kerja hakiki macam tidak ada apa-apa benda berlaku.
Ianya berlaku apabila penganjur dan juri tidak profesional. Menggunakan penganjuran untuk mengaut keuntungan. Penajaan yang bias dan berpengaruh mengatur kemenangan. Pageant dulu agak sihat berbanding sekarang. Saya cadangkan Jawatan kuasa dan penganjur membuat sedikit peraturan dimana sesiapa peserta/pemenang didapati ada foto bogel atau video tidak bermoral ditarik balik title atau digugurkan dari pertandingan - Azland Aziz
Saya pun pernah tertanya...apa kualiti yang dilihat oleh sesetengah penganjur atau juri waima penaja pada seseorang peserta/pemenang. Sedangkan ada yang menang dan ada yang dapat placement tapi lepas itu sunyi sepi sendu kelabu. Malah ada yang nampak macam merempat tapi sebaliknya terjadi pada yang tidak menang atau tidak terpilih banyak dapat job dan semakin maju. Apa-apa pun, saya perasan juga ada Pageant yang sudah siap memilih pemenang sedari awal atau telah ditarget oleh puak-puak tertentu terutamanya pihak penaja yang berebut mahu menaja peserta kegemaran mereka tanpa menilai kualitiseseorang samada layak menang ataupun tidak - Adlan
No.1 - Tak berbaloi dan kalau boleh tak payah ikut kerana buang masa dan membazir duit saja. Jika betul-betul ada pakej, pilih pertandingan yang betul-betul diiktiraf dan terbukti membawa nama peserta walau pun tidak menang menjadi popular seperti Hero Remaja dan Dewi Remaja.
No.2 - Lebih baik tarik diri kalau rasa penganjur, juri atau penaja pilih kasih - Nick Ryzal
Lumrah dalam kebanyakan Pageant ada kroni atau pilih kasih tanpa menilai sepenuhnya bakat - Fazli Hamid
AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
ReplyDeletegampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)