'COOKIES MALAYSIA' MENJADI DUTA KECIL DAN MEMBANTU PROMOSIKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 SEBAGAI BUAH TANGAN PELANCONG UNTUK RAKAN DAN KELUARGA


KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 - Majlis pelancaran produk "Cookies Malaysia" oleh DMG Food Industries telah diadakan di Santa Grand Signature, Kuala Lumpur, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Kempen ini menyasarkan jualan RM10 juta dengan 1 juta pek dipasarkan, bertujuan mempromosikan Biskut tempatan kepada pelancong, sekaligus menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Mohammad Nawwar Faiq Mohmad Noh yang mewakili Ketua Setiausaha  Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot, bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang 21 Januari 2026 lalu.
      Mohammad Nawwar Faiq            Mohmad Noh, Pengarah              Pusat Pelancongan                      Malaysia, MaTiC,                          menandatangani plak logo          DMG 


Majlis turut dihadiri bersama oleh Pengeruai DMG, Datuk (Dr) Hassan Saad dan Pengasas & Pengerusi Kumpulan DMG Holdings, Datuk Seri Mohamed Abdul Ghani, Datin Yuzaira Yusoff, Pengerusi Puspanita MOTAC, Chef Zainal Mohamed Saad dan Prof Madya Ts Dr Sabaianah Bachok selaku Penasihat Produk Makanan.
        Datuk Dr. Hassan Saad
       ( Pengerusi DMG Food )

Datuk Seri Mohamed Abdul Ghani ( Pengasas & Pengerusi Kumpulan DMG Holdings )


Pengerusi DMG Food, Datuk Dr. Hassan Saad berkata, produk yang menampilkan 14 variasi kuih tradisional mengikut identiti 14 negeri/Wilayah di Malaysia, bukan lagi kuih bermusim.

"Kuih Tradisional Malaysia tidak lagi hanya muncul semasa Hari Raya, kini boleh didapati pada bila-bila masa. Melalui penjenamaan semula sebagai ‘Cookies Malaysia’, kita mahu meletakkan kuih tradisional kita di persada yang istimewa agar ia boleh dijual dan dinikmati sepanjang tahun oleh pelancong luar mahupun warga tempatan,” katanya dalam majlis pelancaran ‘Cookies Malaysia’ sempena TMM2026 di sini, semalam.

Bagi memastikan kelancaran pemasaran, Hassan berkata, DMG Food telah mengatur kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang bakal bertindak sebagai pusat sehenti bagi produk berkenaan.

Selain itu, produk tersebut juga dijangka akan ditempatkan di 1,000 rangkaian hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) serta 28 lokasi pasar raya AEON.

“Kami juga bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk kempen ‘Beli dan Menang’ yang dijangka akan dilancarkan pada 14 Februari ini di R&R Seremban (Arah Selatan).

“Bagi pembeli kombo empat pek yang dijual pada harga RM100 berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta e.MAS,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat itu dalam proses membuka ‘DMG The Cookies Boutique’ yang pertama di Kuala Lumpur pada Jun ini, diikuti dengan pembukaan butik kedua di Birmingham, England. 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

DUA JUARA DARI SEMPORNA, SABAH DI PENCARIAN 'AKU MODEL KRAF' SEMPENA ASEAN ARTS & CRAFTS BAZAAR

LEBIH 1,000 USAHAWAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA BERKUMPUL DI FESTIVAL USAHAWAN NEGARA 2025, HUN2025