ALUMNI PELAJAR SMK TAWAU @ COST 86 MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL, KHAMIS, MALAM JUMAAT (13.08.2026) BUAT BEKAS PENGETUA SMK TAWAU

Dunia pendidikan Sabah kehilangan seorang tokoh pendidik berwibawa susulan berita pemergian bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau, Puan Zaharah binti Mohd. Kassim, pada 11 Ogos 2026. Allahyarhamah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3:00 petang.

Sehubungan dengan itu, kumpulan alumni pelajar SMK Tawau iaitu Cost 86 akan mengadakan Majlis Tahlil pada hari Jumaat nanti, 13 Ogos 2026, Khamis malam Jumaat, tepat pukul 8 malam.
Para bekas pelajar SMK Tawau yang ingin turut serta, boleh mengikuti Google drive yang ada di Poster. 
KENANGAN TERKAHIR MAJLIS RÉUNION ANJURAN ALUMNI SMK TAWAU TAHUN 2014
Sepanjang menerajui SMK Tawau dari tahun 80an hingga 90an, Allahyarhamah amat dikenali sebagai pentadbir yang berjaya melakukan transformasi akademik. Di bawah kepimpinan beliau, sekolah berkenaan berjaya melonjak menjadi antara institusi menengah paling cemerlang di negeri Sabah.

Bagi warga sekolah dan alumni, pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan yang amat besar. Sifat tegas namun komited dalam melahirkan modal insan berwibawa meninggalkan impak mendalam kepada setiap pelajar dan kakitangan yang pernah berkhidmat di bawahnya.

Selain ketegasan dalam mendidik, bekas pelajar turut mengimbas kembali keperibadian unik almarhumah yang gemar mengekalkan identiti tradisional dengan memakai baju kurung sembat tangan ketika bertugas. Pemergian Puan Zaharah sangat dirasai oleh seluruh komuniti warga pendidik serta alumni daerah Tawau yang amat menghargai jasa serta sumbangan bakti beliau.

########### Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama kita doakan dan sedekah Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

KEDAI EMAS SRI SEMANTAN LEBARKAN SAYAP RASMIKAN CAWANGAN KE-21 DI NILAI, UTAMAKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TENTANG KESTABILAN EMAS DAN DIDIK MASYARAKAT CELIK EMAS.

DUA JUARA DARI SEMPORNA, SABAH DI PENCARIAN 'AKU MODEL KRAF' SEMPENA ASEAN ARTS & CRAFTS BAZAAR

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE