SIDANG MEDIA MISS MELAKA TOURISM & MISS SARAWAK TOURISM 2026 DAN MAJLIS MENANDATANGANI MoU PERSEFAHAMAN DI WTCKL
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2026 – Sidang Media, Majlis Pelancaran, dan Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Pertandingan Ratu Pelancongan Melaka 2026 (Miss Melaka Tourism 2026) dan Ratu Pelancongan Sarawak 2026 (Miss Sarawak Tourism 2026) telah berlangsung pada pukul 10.00 pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), yang mana WTCKL sebagai Official Venue & Hospitality Partner.
Kolaborasi strategik ini menandakan usaha bersepadu untuk mempromosikan budaya kebangsaan, memperkasakan bakat muda, serta memacu keterlihatan global menjelang kempen Melawat Malaysia 2026.
Sorotan Utama Sidang Media Metandatangani MoU Strategik:
Pelancaran bersama ini menjalinkan kerjasama rasmi antara pihak penganjur Miss Melaka Tourism 2026 dan Miss Sarawak Tourism 2026 bersama rakan strategik demi mempromosikan pelancongan tempatan, warisan, serta diplomasi budaya.
Pelantikan Duta Selebriti: Pelakon terkenal tanah air, Tony Eusoff, diumumkan secara rasmi sebagai Duta Selebriti Kehormat bagi Miss Sarawak Tourism 2026 untuk membantu menonjolkan identiti budaya negeri tersebut kepada khalayak yang lebih luas.
Sokongan daripada Tourism Malaysia:
Inisiatif ini selaras dengan usaha Tourism Malaysia dalam menyasarkan pelancong global dan mempromosikan nilai komuniti serantau.
Perincian acara Miss Melaka Tourism 2026. Menurut Puan Zahra Murodi, tarikh pertandingan Miss Melaka Tourism 2026 adalah pada 3 Oktober 2026, segala maklumat dan perkembangan mengenai pertandingan ini boleh didapati dari laman utama media sosial Miss Melaka Tourism 2026.
Perincian Acara Miss Sarawak Tourism 2026. Menurut maklumat yang dikongsi oleh Pengarah Urusan Borneo Sdn Bhd, Puan Joeyce Hii, semasa sidang media tersebut, pertandingan ini dirangka sebagai platform kepimpinan, komunikasi, dan diplomasi budaya di bawah slogan "The Face of Sarawak Tourism".
Tarikh & Lokasi:
Minggu pertandingan Miss Sarawak Tourism 2026 akan berlangsung dari 6 hingga 12 September 2026, dan bakal kemuncak dengan Malam Gala Grand Final pada 12 September 2026 di Hotel Riverside Majestic (Sayap Puteri) di Kuching, Sarawak.Peserta: Pertandingan ini akan menampilkan 20 perwakilan dari Sarawak, diiringi oleh lima Duta Muhibah antarabangsa (bukan peserta bertanding) yang mewakili negara seperti Jepun, Korea Selatan, Afrika Selatan, Bangladesh, India, serta negara-negara ASEAN yang lain.
Aktiviti Dijadualkan:
Para peserta Miss Sarawak Tourism 2026 akan terlibat dalam program CSR pemuliharaan alam sekitar, aktiviti selam skuba, snorkeling, serta projek penglibatan warisan untuk memasarkan aset pelancongan Sarawak secara aktif melalui platform digital.
#MissMelakaTourism2026
#MissSarawakTourism2026 #WTCKL
#TourismMalaysia
#Motac
#tahunmelawatmalaysia2026 #Viral #Fyp #FypViral
#VMY2026
Comments
Post a Comment