Nisa Bakri Gourmet X O'Briens
Paduan Ramuan Timur Tengah dan Antarabangsa, Kabsa Shepherd Pie, Resepi Makanan Sihat Oleh Chef Puan Sri Nisa Bakri, Dari Nisa Bakri Gourmet Untuk 27 Cawangan O'Briens Cafe Seluruh Malaysia. O'Briens dan Nisa Bakri Gourmet mengumumkan kerjasama bersejarah. Satu majlis pelancaran bersempena ulang tahun ke-20 O'briens yang telah berlangsung di O'Briens Cafe cawangan Wisma OCBC, Kuala Lumpur. Dengan memasuki pasaran baharu, membangun bersama edisi terhad, Nisa Bakri Gourmet telah mengambil peluang besar ini dengan memanfaatkan kepakaran Chef Puan Sri Nisa Bakri menampilkan menu sihat Shepherd Pie dengan menambah rempah Kabsa sebagai salah satu ramuan, untuk memberi satu pengalaman rasa yang mengujakan buat Pelanggan di O'Briens Cafe. Menurut Encik Brian Pua, kerjasama ini terhasil atas 'TRUST' kerana selama mengenali Chef Puan Sri Nisa Bakri, beliau percaya pada kejujuran dan bakat Kuli...